Email ini dikirimkan oleh
seorang hamba Allah & saksi kejadian> ....
Mengisahkan berkenaan seorang
peniaga Nasi Lemak di Kampong Baru,
kedai makannya sungguh laku dan
pelanggan setiap hari memenuhi kedainya
untuk mendapatkan nasi lemak setiap hari.
Menurut beliau, resepi sambal
keluarga turun-temurun
merupakan strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris.
Tanpa pengetahuan orang ramai,rupa-rupanya
"resepi rahsia" yang dimaksudkan itu ialah
bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk
menyedapkan nasi lemak beliau.
Bangkai ular berkenaan diwapkan didalam
periuk nasi lemaknya
menggantikan daun pandan.
Setelah lama mengaut keuntungan hasil menipu orang ramai,
Kak Kiah (nama betulnya perlu> dirahsiakan)
bercadang untuk
menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau
Pada malam sebelum beliau
bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan
bahawa ibunya meraung-raung
kepanasan walhal malam itu hujan
renyai-renyai diluar.
Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa,
maka beliau memanggil orang kampungtermasuklah saya (penulis) ke rumah
untuk membantu.
Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah sedikit sahaja dalam ilmu perubatan ini
Saya sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih
belum berhenti di sambut pula
dengan raungan Kak Kiah yang semakin
kuat.
Saya selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2 tingkatLorong Raja Muda itu dan memberi salam.
Jiran-jiran sudah ramai menunggudidalam.
Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki beliau.
Saya mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas.
Saya meminta air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak lelakinya. Ianya tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yang digunakan seharian.
Saya gelekkan telur pada permukaan dahinya,
raungan Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh terkejut
saya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yang
bercabang seperti ular.
Tanpa membuang masa saya menaburkan ikan bilis
ke atas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin kuat,
kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk.
Lalu saya minta anak lelakinya mencurahkan santanke badannya,
Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta. Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga>daripada bawah tilamnya.
Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi umpama lemak yang datang daripada
bawah tilam. Saya arahkan jiran-jiran mengangkat tilam berkenaan
Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau,>
penuh dengan ............ ......... ...
Nasi Lemak !!!!!
Heh...Heh... Heh...Jangan mare ....... Dah! Cerita ni tipu jer .........Pergi buat keje tu haa...apo ... nak makan gaji buto ko?????
*p/s : Janganlah mare! Haku pun terkene daaaaa ...... "Siutbetul! bukan main srius aku baca cerita ni,
hahaha bongok kaw!
ReplyDeleteyg ko baca sal babe ?
ReplyDeletewei rndu la sial !!
hahaha
ceh..bgang siot cter nie..kui2
ReplyDeleteahaha
ReplyDeleteanda pon terkena ??
dush2
maaf yerk !!